Saturday, May 10, 2014

Rezeki itu di Tangan Tuhan

Assalamualaikum.

Today wasn't a good day for me, I guess. Not-at-all. Aku tahu aku seakan-akan menolak takdir yang ditentukan oleh Allah. I can't help myself, though. 

Let me spill out from the beginning.

Setelah berhari-hari menunggu dalam kekeliruan, kebingungan, ketidaktenteraman, akhirnya pihak UPU telah keluarkan satu tarikh keramat yang amat ditunggu-tunggu oleh Batch 96' iaitu tarikh keluarnya keputusan permohonan UPU iaitu 10 Mei 2014 pada pukul 12 pm. I was happy to see that because at last, I could know whether I have the qualification to pursue my studies in foundation at local universities. 

Jadi, bila dah dekat pukul 12 pm tu, jantung aku, fuh, tak usah cakap lah. Berdebar gila sampaikan rasa macam nak terkeluar dah. Rasa macam baru lepas lari marathon. Sungguh. Dup dap dup dap dup dap. Akhirnya, portal dah boleh dibuka dan disemak.Tapi macam biasa, traffic jam nak masuk portal tu lagi teruk daripada yang kat jalan raya tu. Kena refresh banyak kali baru boleh. Hailah. Dan bila i/c number aku dimasukkan,

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA & Politeknik Premier bagi sesi akademik 2014/2015.




I was speechless, dumbfounded after my eyes caught the word 'DUKACITA'. Ya Allah. Betul, aku rasa macam, macam tak percaya sebab boleh lah dikatakan aku letak harapan yang tinggi kat permohonan UPU ni. Sekali tengok, tak dapat terus. Aku rasa macam nak menangis pun ada tapi aku tahan. Aku ingatkan dalam 8 pilihan tu, adalah kot tersangkut satu tapi ..........

I think I've made a wrong decision when I filled up the UPU's online form. Majority aku pilih UIA. Boleh dikatakan 62.5% adalah berpihak kepada UIA. Aku pilih majority UIA sebab misalannya kalau aku dapat course yang bukan pilihan aku kat UIA, aku masih ada peluang nak tukar course yang aku mahu. Hanya UIA yang boleh buat macam tu. Let me tell you my 8 choices.

Pilihan 1 : Asasi Ekonomi Sains & Pengurusan (UIAM)
Pilihan 2 : Asasi Sains Kemanusiaan (UIAM)
Pilihan 3 : Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) (UTM)
Pilihan 4 : Asasi Sains Fizikal (UM)
Pilihan 5 : Diploma Ukur Tanah (UTM)
Pilihan 6 : Asasi Farmasi (UIAM)
Pilihan 7 : Asasi Perubatan (UIAM)
Pilihan 8 : Asasi Sains Hayat (UIAM)

Kan ? Aku patut letak UiTM sebagai salah satu pilihan aku sebab kalau nak masuk situ agak mudah sebab dia utamakan bumiputera. Tapi aku tak tak tahu kenapa aku nak sangat belajar kat UIAM. Keinginan aku kuat sangat nak belajar kat situ tapi nampaknya rezeki aku bukan kat situ. It has been my desire to study there since I left my former school. Kecewa memang kecewa. Bagai nak rak tau tapi aku percaya, Allah must had set something special for me in the future. InsyaAllah. 

Kalau nak ikutkan, at least I already have a back up plan sekiranya aku tak dapat UPU sebab sebenarnya aku dah dapat pun tawaran matrikulasi. Eheh. Aku bersyukur sebab aku dapat tawaran tu. Bukan semua orang layak tau. *ayat penyedap hati* but to me, if I could get a better chance to study in universities, why don't I go for it ? Tu sebab aku letak harapan tinggi kat UPU tapi last last, hmm. 

To be honest, aku sedih, frustrated, kecewa sangat sebab tak dapat satu pilihan pun. Mungkin aku tak layak tambah tambah sekarang ni makin ramai budak pandai jadi peluang tu makin tipis untuk dapatkan apa yang aku nak. Takpe lah, Tasquare. Mungkin ada hikmahnya.

But to be frank, I don't have good feeling about this matriculation college that I've been offered. I got KMNS = Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Bila aku dapat je offer ni, aku terus search kat Google pasal matriks ni. Banyak blog yang aku jumpa dan overall, tak banyak cerita bagus yang aku jumpa. Ada macam macam pengalaman yang aku baca dan yang paling tak bestnya, tempat tu 'keras'. Bukan semua tapi rasanya blok c kot. Tak pasti. Lepastu aku taktahu dalam bilik ada berapa orang. Walaupun rasanya satu bilik ada dalam 4 orang atau sebagainya, but aku harap sangat setiap sorang ada her own compartment. Ada la privacy. Haih.

I think I should reset my mindset. Kita nak pergi belajar kan, bukan nak buat apa pun. Daripada UIA yang kau tak confirm lagi dapat program setahun/setahun setengah atau pun dua tahun walaupun dipanggil asasi, lebih baik ambik matriks, ye dak ? Tu dah confirm setahun. Tapi kena extra struggle la en sebab nama pun fast-track to degree maka pembelajaran nya haruslah pantas juga. InsyaAllah Allah akan bantu. Kena usaha.



Allah tengok usaha, bukan natijahnya. ~ Hlovate



Couldn't agree more. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.

Bersyukur lah dengan rezeki yang Allah bagi ni, Tasquare. Bukan semua boleh dapat. Ingat , 






~ GOOGLE has been given a credit ~
Ececece xD

















No comments:

Post a Comment